fbpx

Dikecam tentang vaksin, Uyaina sekolahkan netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UYAINA ARSHAD

PETALING JAYA – Kerap menerima komen negatif daripada netizen berhubung pengambilan suntikan, aktres dan pengacara Uyaina Arshad tidak lagi berdiam diri dan bertindak ‘menyekolahkan’ segelintir inividu dalam Instagramnya.

Uyaina menerusi beberapa perkongsian InstaStory meluahkan kekecewaan dengan segelintir masyarakat yang ‘berlagak pandai’ dalam pelbagai aspek terutama berkaitan vaksin.

“Anda tidak mahu vaksin? Terpulang, tetapi jangan berlagak seperti Tuhan. Ilmu tidak sehebat mana, usah mendabik dada.

“Silap-silap satu hari nanti, sudah ludah dijilat balik,” kata pengacara program Wanita Hari Ini itu.

Pemilik nama Shaidatul Naseha Uyaina Arshad itu memberitahu, sudah terlalu banyak bencana yang berlaku di dunia dan kehadiran individu yang kurang bijak, memburukkan lagi malapetaka yang sedia ada.

“Dunia ni sudah banyak sangat bencana, malapetaka dan benda buruk yang terjadi. Ditambah lagi dengan orang bodoh. Bertambah buruk jadinya dunia ni.

“Islam ajar kita untuk cari ikhtiar dalam apa-apa hal sekalipun. Pakar dalam setiap bidang belajar bertahun-tahun lamanya mengkaji dan menyelidik.

“Awak yang buat kajian secara online atau pun dengar cakap ‘mak teh’, tak perlu nak buat palatao (berpura-pura pandai). Sekurang-kurangnya bukan di ‘ruang’ saya. Saya tak memerlukannya,” ujarnya.

TANGKAP layar antara luahan kemarahan Uyaina terhadap netizen.

Marah dan pelik mengapa ramai mempersoalkan tentang pengambila vaksin, itu antara yang diluahkanya dalam perkongsian tersebut.

“Tak pernah nampak saya tulis begini? Sebab memang saya marah.
Saya dan suami masih lagi dalam fasa pemulihan serta ramai lagi ahli keluarga yang dijangkiti Covid-19.

“Berapa ramai yang sedang bertarung dan telah kehilang ornag tersayang kerana Covid?

“Jangankan doa untuk cepat sembuh, salahkan kita pula kerana menerima vaksin, anda sedar tak?” luahnya lagi.

Tambah pelakon drama Kau Cipta Kasih itu, luahan tersebut dimuat naik dalam Instagram kerana sudah menerima terlalu banyak komen negatif dalam media sosialnya.

“Saya kerap abaikan banyak komen negatif dalam hidup dan itu satu kebahagiaan. Apabila ia sekadar serangan peribadi terhadap saya, tak apa saya boleh abaikan tapi tidak kali ini.

Jika penulisan saya menyinggung perasaan dan tidak sehaluan dengan pemikiran anda, tak suka atau nak menang, sila jangan ikuti dan sekat saya. Terima kasih” tegasnya.

Uyaina turut memuat naik beberapa tangkap layar komen daripada netizen yang menyelar pendapatnya mengenai vaksin dan jangkitan Covid-19.

Kosmo! pada 25 Februari lalu melaporkan Uyaina berkongsi khabar duka memaklumkan dia disahkan positif Covid-19 dan menerima rawatan di hospital.

Suaminya, Raja Syahiran turut dijangkiti virus tersebut.

Menerusi kenyataannya sebelum ini, kesakitan dialaminya menyebabkan dia perlu merangkak pergi tandas, badan terasa seperti dipukul, tekak rasa ‘dilenyek’, sukar bernafas dan demam menggigil.

Dia juga tidak dapat membayangkan keadaan kesihatan individu yang tidak menerima vaksin atau anti vaksin sekiranya dijangkiti wabak maut tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI