fbpx

Cuaca Kelantan, Terengganu dijangka bertambah baik mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Keadaan cuaca di Semenanjung Malaysia termasuk di Kelantan dan Terengganu dijangka bertambah baik mulai esok.

Perkara itu dimaklumkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menerusi Mesyuarat Khas Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pusat Bil 2/2022, petang tadi.

Nadma berkata, hujan dan ribut petir dijangka berlaku di barat Semenanjung, utara Sarawak serta barat dan timur Sabah pada sebelah petang hingga awal malam.

Menurutnya, sehingga pukul 1.50 petang tadi, hujan masih berlaku di kawasan pedalaman namun, intensiti dilaporkan makin berkurangan hari ini.

“Stesen utama MET Malaysia di Hulu Terengganu, Kuala Krai, Gong Kedak, Jeli, dan Kota Bharu masih mencatat hujan lebat.

“Jumlah hujan di Stesen Meteorologi utama Terengganu dan Kelantan (sehingga pukul 12:00 tengah hari) adalah tinggi iaitu Hulu Terengganu, Terengganu (253.5); Kuala Krai, Kelantan (154.8); Gong Kedak, Terengganu (106.4); Jeli, Kelantan (96.4) dan Kota Bharu, Kelantan (38.0),” ujarnya.

Dalam pada itu, jelas Nadma, PKOB negeri Terengganu melaporkan 98 pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan membabitkan 4,600 mangsa setakat jam 2 petang tadi.

“PKOB Terengganu turut memaklumkan bahawa mangsa-mangsa yang berlindung di atas bumbung seperti yang tular di media sosial telah diselamatkan oleh pihak bomba menggunakan helicopter,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI