fbpx
Farahhana bersama dua anaknya kini ditempatkan di PPS SMK Kuala Krai, hari ini. FOTO ROSLIZA MOHAMED

Banjir Kelantan: Berhimpit 10 orang naik perahu kecil redah banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA KRAI – Dua buah keluarga yang terdiri daripada 10 individu sanggup berhimpit menaiki sebuah perahu kecil untuk menyelamatkan diri selepas kawasan rumah mereka di Kampung Tok Bok di sini dinaiki air banjir.

Farahhana Abdul Rahim 27, berkata, dia bersama dua anak kecil berusia lapan bulan dan setahun lapan bulan termasuk enam lagi keluarga mertuanya tiada pilihan lain apabila rumah mereka ditenggelami air kira-kira pukul 9 malam tadi.

Menurutnya, mereka nekad menaiki perahu kecil kerana air masuk ke dalam rumah kira-kira sedalam 0.3 meter manakala air di kebanyakan laluan kampungnya sudah naik setinggi 1.5 meter.

“Saya dapati pendayung perahu yang juga penduduk kampung menggunakan batang penyapu untuk mendayung perahu kami untuk keluar ke PPS sejauh satu kilometer.

“Saya dan keluarga jiran hanya pasrah meskipun terpaksa berhimpit di dalam perahu. Paling penting, semua ahli keluarga kami selamat tiba di PPS dengan segera,” katanya ketika ditemui pemberita di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krai di sini hari ini.

Farahhana merupakan salah seorang daripada 75 mangsa banjir dari Kampung Tok Bok dan Kampung Sungai Durian di sini yang ditempatkan di PPS tersebut.

Menurutnya, ahli keluarganya telah menghubungi pihak bomba, namun bot penyelamat tidak dapat masuk kawasan itu kerana keadaan laluan ke Kampung Tok Bok sudah sepenuhnya dinaiki air. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN