fbpx

Ubat rawatan diabetes, hepatitis C, HIV boleh rawat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa jenis ubat yang digunakan dalam rawatan penyakit-penyakit tertentu boleh membantu merawat Covid-19. – Pixabay

STATE COLLEGE, PENNSYLVANIA – Satu kajian mendapati  ubat yang digunakan untuk merawat penyakit seperti diabetes Type 2, hepatitis C dan virus daya tahan penyakit (HIV) berkemungkinan dapat menghentikan varian Delta daripada mereplikasi, menjangkiti atau menular dalam sel-sel manusia, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Analisis kajian yang diterbitkan dalam jurnal Communications Biology itu menguji 64 ubat yang diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) untuk merawat beberapa penyakit.

Pasukan penyelidik mengenalpasti lapan jenis ubat yang menghalang aktiviti enzim virus dinamakan sebagai protease. Enzim itu adalah penting dalam proses mereplikasi virus yang menyebabkan Covid-19 menjangkiti sel-sel manusia.

Ubat-ubatan yang dikenal pasti itu termasuk ubat mengawal gula dalam darah iaitu sitagliptin, rawatan hepatitis C, daclatasvir dan likorin HCl.

“Ubat lain yang menunjukkan potensi adalah HIV MG-101 dan nelfinavir mesylate,” kata penyelidik dari Universiti Pennsylvania State tersebut.

Sementara itu, penulis bersama kajian, Joyce Jose berkata, penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa menggunakan semula ubat-ubatan tertentu yang diluluskan oleh FDA mungkin merupakan strategi yang berguna dalam memerangi Covid-19.

“Pembangunan ubat-ubatan antivirus dalam spektrum meluas bagi melawan pelbagai varian koUbat rawatan diabetes, hepatitis C, HIV boleh rawat Covid-19ronavirus adalah strategi utama untuk jangkitan Covid-19 yang menular dan baru muncul,” kata penulis bersama kajian, Joyce Jose.

Meskipun para penyelidik mengkaji kesan terhadap varian Delta, ubat-ubatan tersebut berkemungkinan turut berkesan bagi melawan varian Omicron dan varian-varian akan datang.

Ini  kerana ia menyasarkan bahagian-bahagian virus yang tidak boleh bermutasi dengan ketara, kata penyelidik. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI