fbpx

Lagu Gatal jadi kegilaan dalam TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEKASIH Janna, Dini (kanan) turut tidak ketinggalan mengikut trend melakukan video menggunakan lagu Gatal.

SIAPA sangka lagu Gatal nyanyian Janna Nick yang pada awalnya mendapat kecaman kini menjadi kegilaan dalam aplikasi TikTok.

Video muziknya yang mendapat 1.3 juta tontonan dalam YouTube kini merupakan antara lagu tular dalam kalangan pengguna TikTok.

Bukan sekadar lokal, bahkan Gatal menjadi siulan pengguna TikTok di seluruh dunia termasuk Thailand, Rusia dan Indonesia.

Ada yang merakam video menggunakan lagu tersebut dengan menyangkut telefon pada kipas siling dan melakukan aksi akrobatik.

“Lagu ini asyik terngiang-ngiang dalam kepala. Tahniah Janna!” komen netizen.

Sebagai tanda sokongan, teman lelaki Janna, Dini Schatzman turut menyahut cabaran Gatal dalam TikToknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI