fbpx

Hujan lebat, ribut petir di negeri Semenanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jabatan Meteorologi Malaysia

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan cuaca buruk melibatkan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang bakal berlaku di negeri Semenanjung hari ini.

Berdasarkan paparan imej gema radar, hujan lebat berterusan sedang berlaku di sekitar Pantai Timur sejak beberapa hari lepas dan kini mula memasuki kawasan di utara Semenanjung.

Selain itu, hujan lebat serta ribut petir turut tertumpu di sekitar persisir Pantai Barat Semenanjung pagi ini.

Sementara itu, MetMalaysia masih lagi mengekalkan amaran hujan berterusan kategori bahaya, buruk dan waspada terutamanya melibatkan beberapa kawasan di Pantai Timur sehingga lewat malam nanti.

“Orang ramai dinasihatkan untuk terus berhati-hati terutamanya mereka yang tinggal di kawasan berkedudukan rendah dan kerap banjir,” katanya menerusi laporan cuaca di YouTube hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI