fbpx

TNB, Marii bangunkan ekosistem EV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pegawai Eksekutif MaRii, Datuk Mohamad Madani Sahari (kiri) bersama Ketua Pegawai Penyelesaian Perniagaan Global TNB, Ahmad Hushairi Ibrahim menandatangani MoU sambil disaksikan Ahli Lembaga Pengarah TNB, Datuk Nawawi Ahmad di ibu pejabat TNB di ibu negara.

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Malaysia Automotive, Robotics and IOT Institute (MARii) hari ini bagi mewujudkan platform untuk menangani cabaran penggunaan kenderaan elektrik (EV) secara menyeluruh.

Kerjasama dengan agensi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu membolehkan TNB mengambil bahagian dalam penubuhan EV Interoperability Centre (EVIC) di Cyberjaya, termasuk dalam pembahagian tenaga dan rangkaian grid, bagi mewujudkan garis panduan pengembangan penggunaan EV di seluruh negara.

MoU itu turut memberi fokus terhadap pelaksanaan Projek Perintis EV Hub Langkawi yang menyokong visi sasaran pulau peranginan itu sebagai Pulau Rendah Karbon 2030.

Ia antaranya menerusi potensi memperkenalkan EV mampu milik dengan kerjasama institusi perbankan, pembekal, pengilang & pengedar kenderaan dan juga pengusaha kereta awam, teksi serta e-hailing.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din berkata, dalam usaha menuju mobiliti rendah karbon sejajar peralihan tenaga negara, TNB mengambil langkah jelas menerokai bidang mobiliti elektrik yang memberi fokus kepada tenaga hijau, termasuk menyediakan infrastruktur EV.

“Semua usaha ini bakal mempertingkatkan impak pembangunan mesra alam dan kesejahteraan sejagat dengan keutamaan terhadap tahap alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang menjadi agenda TNB,” katanya dalam satu kenyataan.

Baharin menambah, kerjasama itu satu lagi bukti komitmen TNB terhadap inisiatif kerajaan dalam mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sehingga 45 peratus dalam tahun 2030, juga merupakan sebahagian daripada Hala Tuju Kelestarian TNB ke arah pelepasan karbon sifar bersih pada 2050. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI