fbpx

PRN Johor: BN perkenal 56 calon, 70 peratus muka baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tiga kiri) bersama Hasni serta Ka Siong, Naib Presiden MIC, M. Asojan dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak hadir pada pengumuman 56 calon BN Johor bagi PRN Johor di Dewan Badan Perhubungan UMNO Johor, Jalan Yahya Awal, Johor Bahru hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) menampilkan 56 calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sekali gus bertanding secara bersendirian tanpa kerjasama parti lain.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pada PRN ke-15 kali ini, UMNO menampilkan 37 calon, 15 diwakili MCA dan empat kerusi MIC.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 80 peratus adalah calon memiliki kelulusan akademik yang tinggi dan terdiri daripada mereka yang berumur 55 tahun ke bawah serta 70 peratus muka baharu.

“Kita telah meneliti senarai yang akan dihamparkan Pengerusi BN Johor untuk calon-calon ini diidamkan sebagai satu petanda bahawa BN akan memberikan kesinambungan perkhidmatan yang terbaik.

“Calon-calon dipilih adalah calon-calon terbaik daripada kalangan yg baik-baik, kita mengambil kira soal parti kompenan, kita punyai tiga parti teras serta rakan bergabung.

“Saya mempunyai kenyakinan pasukan yang akan dihidangkan rakyat johor khususnya pengundi Johor perubahan besar harapan baharu negeri Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon BN di Bangunan Badan Perhubungan UMNO negeri di sini hari ini.

Turut hadir Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, Setiausaha Agong UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Pengumuman calon disempurnakan Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohamad.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI