fbpx

Bercinta 22 tahun, kahwin pada 22/2/2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramizerz dan Pantoj menjadi pasangan ke-5 juta yang menerima sijil perkahwinan di Las Vegas. – KVVU TV

LAS VEGAS, NEVADA – Sepasang kekasih dari California menjadi pasangan pengantin ke-5 juta yang mendaftar perkahwinan di Las Vegas bersempena dengan tarikh unik 22.2.2022, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Mayra Ramizerz dan Luis Pantoj, menerima sijil perkahwinan di daerah Clark menerusi kempen digelar ‘Kisah Cinta Lima Juta’.

“Kami amat teruja untuk berkongsi detik-detik indah bersama Ramizerz dan Pantoj. Namun, bukan hanya sekadar satu pasangan, bahkan terdapat lima juta pasangan yang berkahwin di sini sebelum ini. 

“Ia merupakan satu tradisi yang menjadikan Las Vegas sebagai Bandar Perkahwinan Dunia,” kata Kerani Daerah Clark, Lynn Marie Goya.

Sementara itu, satu lagi pasangan dari Los Angeles, Melissa and Carlos De Leon memberitahu akhbar Las Vegas Review-Journal bahawa mereka berkahwin di Las Vegas pada tarikh 22.2.2022 selepas bercinta selama 22 tahun.

“Ia lebih murah untuk berkahwin di sini dan lebih bersesuaian dengan kami,” kata Melissa.

Biro Lesen Perkahwinan di Las Vegas kebiasaannya merekodkan kira-kira 600 perkahwinan pada Hari Kekasih.

Tahun lalu, daerah Clark mengeluarkan lebih 77,000 lesen perkahwinan dan pada tahun ini, ia menyasarkan untuk mengeluarkan lebih 80,000 sijil baharu.

Las Vegas sering menjadi lokasi untuk pasangan kekasih melangsungkan perkahwinan dengan proses untuk mendapatkan sijil perkahwinan kebiasaannya mengambil masa hanya 10 minit. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI