fbpx

Bantuan banjir usahawan mikro bermula 2 Mac depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh (tengah) memegang seekor anak lembu semasa melawat Mustawa Diary Farm di Bagan Tengkorak, Kuala Selangor hari ini.

KUALA SELANGOR – Seramai 300 usahawan mikro yang terjejas banjir dijangka menerima bayaran pertama pada 2 Mac depan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, bayaran kepada usahawan mikro itu membabitkan beberapa kawasan antaranya di Parlimen Shah Alam, Klang, Puchong dan Kota Raja.

“Kerajaan sebelum ini telah memperuntukkan sebanyak RM50juta bagi tujuan tersebut kepada usahawan yang terjejas banjir.

“Pada peringkat pertama ini, bantuan diagihkan kepada usahawan mikro sebanyak RM3,000 yang diuruskan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Mustawa Dairy Farm di Kampung Melaka, Bagan Tengkorak hari ini.

Noh menambah, usahawan yang terjejas banjir boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman sesawang TEKUN Nasional (TEKUN).

Jelas beliau, selain usahawan mikro, kementeriannya turut mengagihkan pinjaman bernilai 100,000 kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah SME CORP.

“Pinjaman yang diberikan kepada PKS ini tanpa faedah dengan moratorium setahun dan InsyaAllah bayaran juga akan dibuat pada awal Mac ini,”ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI