fbpx

Angkasawan negara kongsi keputusan ujian anak dapat 10A

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Sheikh Muszaphar berkongsi keputusan ujian dua orang anaknya yang berjaya memperoleh 10A.

PETALING JAYA – Setiap ibu bapa pastinya mengharapkan kejayaan anak-anak terutamanya dalam memperoleh keputusan peperiksaan dengan cemerlang.

Namun, menjadi tanggungjawab ibu bapa juga dalam mendidik anak-anak untuk terus bersemangat membuat ulang kaji serta memastikan aktiviti mereka tidak menjejaskan jadual pembelajaran.

Menerusi perkongsian angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha di laman Instagramnya, dia berbangga apabila dua orang anaknya berjaya mendapatkan keputusan cemerlang dalam ujian iaitu 10A.

Menurut beliau, anak perempuan sulungnya, Bella sentiasa memperoleh keputusan terbaik sejak darjah satu lagi dan sering mendapat tempat pertama di dalam kelas.

Katanya lagi, anak keduanya, Tasha juga berjaya membuktikan kemampuan dirinya dengan memperoleh gred A bagi kesemua subjek yang diambil.

Tambah Dr. Sheikh Muszaphar, selain meletakkan kebergantungan kepada Allah S.W.T dan memasang niat yang betul, kedua-dua anaknya itu sentiasa bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu.

“Apabila berada dalam kelas, mereka berdua fokus dengan setiap subjek yang diajar oleh guru-guru.

“Itu merupakan tips yang paling terbaik untuk anak-anak lebih cemerlang,” katanya.

Sementara itu, ramai ibu bapa mula terinspirasi daripada perkongsian beliau dan mengharapkan agar dapat mencontohi cara didikannya terhadap anak-anak.

“Terus kongsikan perkembangan anak-anak Dr. supaya menjadi inspirasi buat ibu bapa dan anak-anak di luar sana,” ujar seorang pengguna.

“Seronoknya lihat semua pandai-pandai, betul kata Dr. cara didikan ibu bapa kena betul untuk pastikan anak berjaya,” kata Suzila Abu Wahab.

“Walaupun anak ramai, tapi semua mempunyai kualiti, cantik dan comel juga,” kongsi pengguna yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI