fbpx

Piala FA: KDA FC, JDT raih laluan mudah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETALING JAYA - Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) meraih laluan mudah pada majlis undian pusingan pertama saingan Piala FA musim 2022 selepas diundi bertemu dengan wakil Liga M3, BRM FC atau Tun Razak FC pada aksi pembuka tirai 11 Mac depan.

PETALING JAYA – Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) meraih laluan mudah pada majlis undian pusingan pertama saingan Piala FA musim 2022 selepas diundi bertemu dengan wakil Liga M3, BRM FC atau Tun Razak FC pada aksi pembuka tirai 11 Mac depan.

Pasukan BRM FC dan Tun Razak FC akan menentang sesama sendiri pada aksi peringkat playoff terlebih dahulu pada 6 Mac nanti dengan juara akan meraih tiket menentang skuad Harimau Selatan di Stadium Sultan Ibrahim.

Sementara itu, juara bertahan Piala FA, Kedah Darul Aman (KDA FC) turut menerima undian selesa apabila dijadualkan bertemu dengan skuad Sains FC pada aksi pusingan pertama di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Majlis undian Piala FA 2022 yang melibatkan 12 pasukan Liga Super, 7 pasukan Liga Premier dan 15 pasukan Liga M3 telah disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL), Datuk Mohd Saiful Mat Sapri bersama Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam.

Sebagai rekod, MFL telah ‘menghidupkan’ kembali saingan Piala FA musim ini selepas dibatalkan dua tahun berturut-turut ekoran pandemik Covid-19.

Sebelum ini, skuad Sang Kenari telah menjuarai edisi 2019 selepas menewaskan Perak FC 1-0 di pentas final. – KOSMO! ONLINE

 

UNDIAN PENUH PUSINGAN PERTAMA PIALA FA

Selangor FC lwn Harini FC
PJ City FC lwn Kelantan FC
Sabah FC lwn Respect FC
Sri Pahang lwn Manjung City
TFC lwn NSFC
Projek FAM-MSN lwn Tok Janggut Warriors
JDT lwn BRM FC/Tun Razak FC
KL City lwn Langkawi City
Kelantan United lwn Kinabalu Jaguar FC
Melaka United lwn PIB FC
PDRM FC lwn Perlis United
KDA FC lwn Sains FC
Perak FC lwn Kijang Rangers
Penang FC lwn Bukit Tambun FC/Imigresen FC
Kuching City lwn UiTM FC
Sarawak United lwn Ultimate FC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI