fbpx

Pekerja tersangkut dalam gondola akibat angin kencang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan beberapa pekerja dalam keadaan cemas akibat tidak dapat mengawal gondola yang terpusing-pusing di udara menerusi kejadian dekat Jalan Kamuning, petang semalam.

KUALA LUMPUR – Suasana cemas apabila sebuah gondola dinaiki beberapa pekerja berpusing-pusing di udara akibat ditiup angin kencang dalam kejadian di Jalan Kamuning, di sini, petang semalam.

Menerusi sebuah rakaman video tular, beberapa pekerja di dalam gondola tersebut cuba menurunkan gondola terbabit namun gagal kerana ditiup angin kencang sebelum melanggar struktur bangunan sehingga tingkapnya pecah.

Kejadian itu mencetuskan suasana cemas sebelum saksi tempat kejadian menghubungi pasukan bomba bagi membantu mangsa yang tersangkut di dalam gondola terbabit.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 3.56 petang.

“Seramai empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, mangsa yang didapati tersangkut di dalam gondola telah berjaya menyelamatkan diri dengan turun sendiri,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, tiada operasi menyelamat dijalankan pihak bomba dalam kejadian tersebut dan kes dianggap selesai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI