fbpx

Kaka Azraff dapat anak lelaki lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAKA AZRAFF selamat bersalin malam tadi.

PETALING JAYA – Penyanyi yang popular menerusi lagu Gila, Kaka Azraff selamat menimang cahaya mata kedua lelaki di salah sebuah pusat perubatan di ibu negara pada pukul 12.05 malam tadi.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri suaminya, Adam Azrif menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya.

“Alhamdulillah. Terima kasih pada semua yang mendoakan. Bayi dan ibu berada dalam keadaan baik. Bayi lelaki saya juga sihat dan kuat,” tulisnya.

Sementara itu, Kaka atau nama lengkapnya Nor Atiqa Noor Azraff, 33, menerusi ciapannya dalam Twitter turut menzahirkan rasa syukur selepas selamat menimang cahaya mata kedua.

“Syukur pada Allah SWT. Secara rasminya saya kini ibu kepada dua orang cahaya mata,” katanya.

Bukan itu sahaja, Kaka turut mengucapkan terima kasih buat suami kerana setia berada di sisinya dengan memberi banyak sokongan sepanjang tempoh kehamilan.

“Terima kasih kerana menjadi penyokong yang hebat, memberi semangat, motivasi dan ‘doktor’ separuh masa sepanjang tempoh perjalanan ini (kehamilan dan proses bersalin).

“Saya tidak tahu apa akan terjadi tanpa awak. Saya cintakan awak, bapa kepada dua orang anak,” luah Kaka.

Kaka mendirikan rumah tangga bersama Adam pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Aslan yang kini berusia dua tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI