fbpx
PHEI YEE menunjukkan antara kek yang mendapat sambutan pelanggan di kedainya.-Foto MUHAMAD IQBAL ROSLI

Kedai kek tertua di Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Merupakan kedai kek tertua di Kuala Lumpur yang mula beroperasi pada tahun 1961, kedai kek Chen Tiang sememangnya menjadi lokasi buruan peminat kek-kek vintaj di sekitar Lembah Klang. Mana tidaknya, ia merupakan satu-satunya kedai yang masih lagi menjual kek span yang dihias indah dengan lapisan krim mentega berwarna-warni yang enak dan klasik.

Siapa sangka, biarpun lebih enam dekad berlalu, namun kek yang sama dijual pada era tersebut masih lagi boleh didapati hari ini. Bukan sahaja dari potongan kek, bahkan corak, warna dan rasanya yang sama membuatkan individu mula menggamit memori silam.

Pernah menjadi kegilaan ramai, begitupun seiring dengan peredaran zaman yang mana variasi kek mula muncul di pasaran, kek krim yang dahulunya hype semakin dilupakan.

Bahkan kebanyakan generasi muda hari ini ada yang tidak pernah melihat kek tersebut memandangkan kek-kek moden seperti kek aiskrim, moose, cheesecake, pavlova, kek lapis dan lain-lain mendominasi pasaran kini.

Baca artikel penuh di www.kosmo.com.my

 

 

BAU aroma kek yang dibakar dalam ketuhar dapat dihidu sebaik langkah kaki menginjak masuk ke dalam kedai kek Chen Tiang di Jalan Sungai Besi, Pudu, Kuala Lumpur.

Sambil menerawang ke sekeliling kedai, pandangan mata Faridah Ahmad, 53, tertumpu pada aneka kek yang tersusun kemas di dalam rak hiasan premis tersebut. Melihatkan corak berwarna-warni pada kek itu, anak kelahiran Muar, Johor ini tidak semena-mena mula tersenyum girang.

Akuinya, tatkala melihat kek-kek yang tersusun kemas dalam rak klasik kedai itu, fikirannya mula terkenang era 60-an yang mana kek-kek krim begitu popular dalam kalangan masyarakat di negara ini.

“Saya terasa seperti dibawa ke zaman kanak-kanak apabila melihat aneka kek yang dijual di sini.

“Dahulu kek inilah yang dibeli untuk majlis keraian seperti hari jadi, jamuan akhir tahun sekolah, bahkan dijadikan sebagai kek perkahwinan.

“Biarpun banyak kek di pasaran hari ini, namun ia tidak sama dengan kek dijual pada zaman dahulu kerana rasa dan teksturnya seimbang serta cukup sempurna, bukan sekadar dilapisi krim.

“Benar kata orang, kek seperti ini tidak lapuk ditelan zaman,” katanya.

Kedai kek ini dibuka pada tahun 1961 dan masih bertahan hingga hari ini.

Merupakan kedai kek tertua di Kuala Lumpur yang mula beroperasi pada tahun 1960-an, kedai kek Chen Tiang sememangnya menjadi lokasi buruan peminat kek-kek vintaj di sekitar Lembah Klang. Mana tidaknya, ia merupakan satu-satunya kedai yang masih lagi menjual kek span yang dihias indah dengan lapisan krim mentega berwarna-warni yang enak dan klasik.

Siapa sangka, biarpun lebih enam dekad berlalu, namun kek yang sama dijual pada era tersebut masih lagi boleh didapati hari ini. Bukan sahaja dari potongan kek, bahkan corak, warna dan rasanya yang sama membuatkan individu mula menggamit memori silam.

Variasi

Pernah menjadi kegilaan ramai, begitupun seiring dengan peredaran zaman yang mana variasi kek mula muncul di pasaran, kek krim yang dahulunya hype semakin dilupakan.

Bahkan kebanyakan generasi muda hari ini ada yang tidak pernah melihat kek tersebut memandangkan kek-kek moden seperti kek aiskrim, moose, cheesecake, pavlova, kek lapis dan lain-lain mendominasi pasaran kini.

Berkesempatan mengunjungi kedai kek berusia lebih setengah abad ini, kami bersyukur kerana diberi peluang oleh anak bongsu pemilik, Han Phei Yee untuk meninjau persekitaran premis yang turut mengekalkan dekorasi vintajnya sejak beroperasi pada 1961.

“Kedai kek ini dibuka pada 1961 oleh ayah saya. Sebelum itu, ayah memulakan perniagaan dengan sebuah oven kecil dan hanya menjual kek span dan mentega sebagai juadah minum petang kepada penduduk sekitar di sebuah kedai kopi.

“Pada tahun itu, kek span dan mentega merupakan satu fenomena, tetapi untuk mencari kedai yang menjual kek adalah satu perkara yang agak sukar memandangkan ia tidak banyak dibuka seperti hari ini,” kongsinya yang kini mengambil alih perniagaan kedai kek itu kepada K2!.

KEBANYAKAN pembeli kek di kedai ini adalah dalam kalangan masyarakat Cina dan Melayu yang tinggal di sekitar Lembah Klang.

Bercerita lanjut, menurut wanita itu lagi, melihatkan peluang dan permintaan tinggi, keadaan tersebut menyebabkan bapanya berkelana ke kota Singa untuk menuntut ilmu pembuatan kek, selain bekerja mengutip pengalaman selama dua tahun sebelum membuka kedai keknya sendiri.

Bermula dengan kek span dan mentega, mereka kemudian menghasilkan kek icing pada 1978 sebelum disusuli dengan aneka roti serta pastri.

Berkelulusan dalam bidang perhotelan di Les Roches, Switzerland, namun Phei Yee masih mahu mengekalkan keaslian kek-kek yang dijual di situ dan enggan mengikuti trend kek semasa.

Baginya, biarpun kek vintaj kurang dikenali terutamanya dalam kalangan generasi muda hari ini, namun kek krim mentega dan span seperti ini mempunyai kelebihan tersendiri berbanding kek-kek moden.

Bukan sahaja mudah disediakan, kek tersebut malahan boleh bertahan hingga empat hari tanpa perlu diletakkan dalam peti sejuk.

“Kek-kek sekarang memang tidak dinafikan cantik, tetapi ia mahal dan sukar untuk dijaga. Ada sesetengahnya mudah cair apabila diletakkan di luar terlalu lama, biarpun pada suhu bilik.

“Berbeza dengan kek krim mentega yang mana ia lebih tahan lasak dan tidak berapa rumit untuk dijaga. Ini kerana, kek-kek krim mentega mampu bertahan pada suhu antara 30 hingga 35 darjah Celsius selama empat hari dan tidak cair.

“Paling unik coraknya yang berwarna-warni dan apabila dilihat oleh generasi dahulu, ia mampu membangkitkan perasaan teruja dan gembira,” jelasnya.

PENGHASILAN kek masih menggunakan kaedah tradisional sama seperti puluhan tahun lalu.

Pandemik

Begitupun, kek krim yang popular lebih 60 tahun lalu itu ternyata masih mendapat tempat dalam kalangan peminat kek, terutamanya mereka yang lahir sebelum era 90-an.

Buktinya, sepanjang keberadaan kami di dalam premis tersebut, kedai ini tidak -henti-henti menerima kunjungan pembeli yang merindui keenakan kek krim klasik.

Pelanggan setia kebanyakannya warga emas Cina atau Melayu dari Pudu, yang tahu kesemua bahan yang digunakan di kedai itu adalah halal.

Bukan sahaja dalam kalangan orang ramai, lebih menarik apabila kedai kek tua ini juga turut membekalkan kek ke beberapa hotel dan restoran di sekitar Lembah Klang sejak dahulu lagi.

Menurut Han lagi, selain kek span dan mentega, kek buah yang dihasilkan di kedai itu merupakan antara yang popular dan laris dijual.

Dibakar setiap hari bermula pukul 8 pagi, menurut Phei Yee lagi, mereka mampu menghasilkan antara 40 hingga 50 biji kek dan akan habis dijual.

Begitupun, sebelum negara dilanda pandemik Covid-19, rak-rak dan peti sejuk di premis berkenaan dipenuhi dengan kek.

Bagaimanapun, sejak negara dilanda pandemik, jumlahnya berkurangan.

“Keistimewaan yang terdapat pada kek-kek ini mungkin kelembutannya kerana kesemua yang dijual di sini masih lagi dihasilkan secara tradisional tanpa menggunakan mesin. Menggunakan mesin memang cepat, tetapi dari segi tekstur tidak berapa lembut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN