fbpx

Jual 24,800 liter diesel subsidi kepada nelayan asing di tengah laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azanizam Afendi (duduk, dua dari kiri) bersama Mohd. Rudzuan (kanan) memeriksa tangki sebuah bot yang diubah suai untuk menyeludup diesel di Jeti PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, Tumpat hari ini. -Foto oleh YATIMIN ABDULLAH

TUMPAT – Taktik tekong dan nelayan tujuh buah bot nelayan kelas A yang menyembunyikan sebanyak 24,800 liter minyak diesel di tempat penyimpanan ikan untuk dijual kepada nelayan asing di tengah-tengah laut gagal apabila kegiatan mereka dapat dipatahkan di jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor di sini semalam.

Serbuan terhadap kesemua bot itu dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan menerusi Op Bersepadu bersama PPM semasa memeriksa bot di kawasan itu kira-kira pukul 7.30 malam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kelantan, Azanizam Afendi Juri berkata, kesemua rampasan termasuk bahan api dan tujuh buat bot itu dianggarkan lebih RM1.2 juta.

Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan, kesemua tekong bot didapati telah menyembunyikan sebanyak 24,800 liter minyak diesel bersubsidi menggunakan tempat penyimpanan ikan yang dijadikan sebagai tangki tambahan.

“Dalam operasi dan intipan selama seminggu, kita dapat mengesan taktik lama yang digunakan kembali oleh tekong bot bagi mengaburi mata anggota penguat kuasa.

“Hasil siasatan awal terhadap kesemua nelayan berusia antara 30 hingga 50 tahun mendapati mereka mengaku bahan api bersubsidi itu dijual kepada bot nelayan asing di kawasan perairan negara,” katanya pada sidang akhbar di Jeti PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Azanizam memberitahu, pemeriksaan ke atas bot tersebut turut mendapati mereka membawa bahan api sebanyak 6,500 liter sekali gus melebihi kapasiti asal iaitu 1,000 liter untuk setiap bot.

Menurutnya, nelayan turut mengaku harga jualan minyak diesel di tengah laut yang tinggi mendorong mereka mengambil kesempatan untuk menjualnya kepada nelayan asing.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI