fbpx

Polis cari dua remaja berlumba, saksi nahas wanita sarat mengandung maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien (dua dari kanan) mencuba permainan e-Sukan di Dewan Pasukan Batalion Gerakan Am 8, Pengkalan Chepa, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Polis sedang mengesan dua remaja yang dipercayai berlumba dengan seorang penunggang motosikal yang maut selepas merempuh wanita sarat mengandung sehingga bayi lelakinya terkeluar daripada rahim di Kampung Banggol Stor, Pasir Mas kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, berdasarkan siasatan, Muhamad Shakim Mohd. Zaki,18, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 dipercayai sedang berlumba dengan dua buah motosikal lain di kawasan itu.

“Sehubungan dengan itu, kita meminta saksi kejadian terutamanya dua rakan Muhammad Shakim agar tampil membantu siasatan.

“Berdasarkan maklumat, Muhammad Shakim merupakan pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di daerah Pasir Mas,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa hadir pada Majlis Penutup Kejohanan Karnival Sukan (Dart, Catur, Karom dan e-Sukan) Piala Ketua Polis Negara di Dewan Pasukan Batalion Gerakan Am 8, Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass.

Mengulas lanjut, Shafien memberitahu, pihaknya juga telah mengarahkan Ketua Jabatan Siasatan Trafik Kelantan untuk memantau kawasan yang sering dijadikan tempat berlumba haram di seluruh daerah.

Ujarnya, mengikut laporan yang diterimanya, kawasan kemalangan itu sebenarnya bukan kawasan berlumba dan merupakan jalan kampung.

“Kumpulan remaja itu dipercayai mengambil kesempatan menjadikan tempat itu kawasan berlumba ketika cuti hujung minggu,” katanya.

Kosmo! hari ini melaporkan, Nor Haliza Abdul Yazaib, 25, yang sarat mengandung maut dalam kemalangan dua motosikal sehingga bayi lelakinya terkeluar daripada rahim di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 7 petang itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala bayinya maut semasa menerima rawatan di Hospital Pasir Mas.

Nahas itu turut mengorbankan Muhamad Shakim selepas motosikal yang ditunggang remaja berkenaan bertembung dengan motosikal mangsa. – Kosmo! Online.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI