fbpx

Gelagat kucing bagi salam balik rumah undang geram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gat seekor kucing jantan mula membebel sambil masuk ke dalam rumahnya seolah-olah sedang bercerita sesuatu pada pemiliknya sebaik sahaja pintu dibuka mencuit hati netizen

PETALING JAYA – Gelagat seekor kucing jantan mencuit hati orang ramai apabila begitu pandai memberi salam untuk memasuki rumahnya hingga menjadi tular dengan setengah juta tontonan.

Menerusi perkongsian video seorang pengguna media sosial mico_chan31, memaparkan gelagat kucing itu mula membebel sambil masuk ke dalam rumahnya seolah-olah sedang bercerita sesuatu pada pemiliknya. Sebaik sahaja pintu dibuka, kelihatan kucing itu yang sudah sedia menunggu di hadapan rumah sebelum dibenarkan masuk.

“Susah jaga anak jantan ni. Keluar lepak kemudian balik rumah ikut suka dia. Nasib masih kenal rumah yang mana,” tulisnya.

Rata-rata orang ramai turut rasa terhibur dan ‘geram’ melihat telatah comel kucing itu serta menganggap gaya kucing itu seperti gelagat kanak-kanak yang pulang ke rumah selepas puas bermain di luar rumah selain ada yang berseloroh kucing itu hanya mahu pulang untuk makan sahaja kerana lapar.

“Bagus nya. Balik rumah sahaja terus bagi salam. Masuk rumah terus bercerita pada mami dia,” kata Che Kartini.

“Masa dia masuk rumah, mesti dia cakap, mak masak ke tidak, masak apa, lapar,” ujar Aqishh.

“Balik sebab lapar, kalau tak lapar memang tak balik. Biasa dia ini,” kongsi puteriiqnaiza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI