fbpx

Matlamat turunkan kadar pengangguran melalui JaminKerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 600,000 peluang pekerjaan disediakan tahun ini dengan peruntukan RM4.8 bilion melalui Inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia yang bertujuan mendukung matlamat menurunkan kadar pengangguran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, usaha itu merangkumi tiga program utama iaitu Insentif Penggajian, Inisiatif Latihan dan Penempatan Jangka Pendek atau MySTEP dan Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran (Upskill Malaysia).

“Insentif Penggajian yang akan dilaksanakan oleh Perkeso dengan sasaran sebanyak 300,000 peluang pekerjaan.

“MySTEP yang menawarkan 80,000 peluang pekerjaan dalam sektor awam, syarikat milik Kerajaan (GLC) dan rakan-rakan strategik serta JaminKerja.

“Upskill Malaysia yang dilaksanakan HRD Corp pula menyediakan latihan kemahiran untuk pencari kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran dan menjamin penempatan pekerjaan dengan sasaran 220,000 pelatih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Pelancaran Karnival Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI