fbpx
Pihak berkuasa mengusung mayat pasangan itu di sebuah rumah di Taman Merdeka, di sini, petang tadi.

Lelaki bunuh kekasih sebelum tikam diri sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Perselisihan faham dipercayai punca seorang lelaki bertindak membunuh kekasihnya sebelum menikam diri sendiri menggunakan pisau sayur di sebuah rumah di Taman Merdeka, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang membabitkan satu pasangan berusia dalam lingkungan 20-an.

Katanya, maklumat awal yang diterima, rakan kepada mangsa wanita datang ke rumah tersebut selepas mangsa menghubunginya untuk meminta tolong.

“Sebaik pihak polis tiba, rumah itu dalam keadaan berkunci dan masuk ke dalam dengan bantuan bomba. Pemeriksaan menjumpai dua mayat dipercayai pasangan kekasih.

“Kita percaya wanita itu dibunuh sebelum suspek lelaki bertindak menikam diri sendiri,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini.

Beliau memberitahu, hasil siasatan awal pembunuhan dipercayai berpunca akibat perselisihan faham antara pasangan tersebut.

“Kita juga menjumpai satu botol minyak tanah berhampiran si mati dan mengesyaki dia telah minum bahan bakar itu untuk membunuh diri, namun gagal,” katanya.

Tambahnya, pihak polis juga menjumpai pisau pada dada si mati lelaki, selain pemeriksaan aplikasi Mysejatera mendapati mangsa wanita disahkan positif Covid-19. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN