fbpx

Covid-19 : 27,808 kes ; 103 kes kategori 3,4,5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Negara merekodkan jangkitan Covid-19 sebanyak 27,808 kes semalam dengan 103 kes (0.37 peratus) daripadanya melibatkan kategori tiga, empat dan lima.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selebihnya iaitu 27,705 kes pula (99.63 peratus) terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Mengikut pecahan kategori satu sebanyak 7,773 kes (27.95 peratus), kategori dua sebanyak 19,932 kes (71.68 peratus), kategori tiga sebanyak 49 kes (0.18 peratus), kategori empat sebanyak 31 kes (0.11 peratus) serta kategori lima sebanyak 23 kes (0.08 peratus).

“Daripada 103 kes kategori tiga, empat dan lima, 43 kes (41.75 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 41 kes (39.81 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 dan 19 kes (18.45 peratus) telah menerima dos penggalak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI