fbpx
Gambar hiasan

Amaran ribut petir di Johor, Sabah dan Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang di negeri Johor, Sabah dan Sarawak petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran dikeluarkan di Johor melibatkan Mersing dan Kota Tinggi sehingga pukul 4 petang.

“Sementara itu, di Sarawak membabitkan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Manakala di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Sandakan),” katanya.

Menurut MetMalaysia, dua negeri berkenaan dijangka mengalami keadaan cuaca buruk sehingga pukul 6 petang nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI