fbpx

Kanak-kanak 9 tahun terperangkap dalam telaga di Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haidar tersepit pada bahagian sisi dan tidak dapat menggerakkan tangan dan bahagian atas badannya.– Twitter

KABUL – Pasukan penyelamat di Afghanistan sedang bertungkus-lumus menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang terperangkap di dalam sebuah telaga sejak dua hari lalu selepas terjatuh ke dalamnya, lapor akhbar Mirror UK.

Haidar, 9, dilaporkan terjatuh ke dalam telaga sedalam 10 meter di sebuah kampung bernama Shokok, di bahagian selatan Afghanistan.

Beberapa keping gambar yang dikongsikan memaparkan kanak-kanak berkenaan tersepit pada bahagian sisi dan tidak dapat menggerakkan tangan dan bahagian atas badannya.

Beberapa video yang tular di media sosial turut menunjukkan dia sedang bercakap dengan bapanya.

“Adakah kamu okey, anakku?

“Berbual dengan ayah dan jangan menangis. Kami akan membawa kamu keluar,” kata bapanya.

“Baiklah, saya akan terus bercakap,” jawab Haidar dengan tenang dari bahagian dalam telaga.

Sementara itu, Setiausaha kepada Timbalan Perdana Menteri Afghanistan, Abdullah Azzam dalam satu ciapan di Twitter berkata, pasukan penyelamat berada di lokasi kejadian berserta sebuah ambulans, bekalan oksigen dan beberapa barangan keperluan.

Pasukan penyelamat turut menggali parit bagi menyelamatkan Haidar. Mereka turut menurunkan bekalan makanan dan minuman kepada kanak-kanak itu.

Kerja-kerja menyelamat kelihatan sama seperti yang dilakukan ketika insiden seperti itu berlaku ke atas seorang lagi kanak-kanak di Maghribi, arwah Rayan, yang terkorban selepas terperangkap di dalam sebuah telaga selama empat hari.

Dalam pada itu, seorang penulis bebas di Afghanistan dalam satu ciapan di Twitter memaklumkan keadaan Haidar adalah baik seperti yang dilaporkan oleh pasukan perubatan. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN