fbpx

11 sekolah ditutup, 1,258 pelajar dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 11 sekolah di Melaka ditutup akibat penularan Covid-19.

MELAKA – Sebanyak 11 buah sekolah di negeri ini ditutup, manakala seramai 1,258 pelajar dijangkiti Covid-19 sehingga semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Teknologi Melaka, Datuk Rais Yasin berkata, langkah penutupan sekolah itu dibuat mengikut saranan daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN).

Katanya, sekolah yang ditutup adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tun Razak, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yu Ning, SK Paya Redan dan SK Batu Berendam.

Selain itu adalah SK Pulai, SK Chinchin, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Tuah, SK Tun Syed Ahmad Shahabudin, SK Duyung, SK Bukit Rambai dan SK Taman Bukit Rambai.

“Kini sebanyak 11 buah sekolah di negeri ini telah ditutup berpandukan saranan diberi pihak berkuasa kesihatan negeri.

“Setakat ini, tempoh penutupan sekolah adalah dalam lingkungan lima hingga ke tujuh hari, bergantung kepada keadaan dan tahap penularan Covid-19 di sekolah-sekolah tertentu,” katanya.

Tambahnya, sesi pembelajaran bagaimanapun diteruskan melalui kaedah Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI