fbpx
Tangkap layar gambar penjual nasi ayam yang dikongsi di laman Facebook Cik Puan Gojes.

Walaupun ayam mahal, harga nasi ayam hanya RM2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Meskipun harga ayam tidak menentu di pasaran, namun ada lagi insan mulia yang sanggup menjual nasi ayam pada harga RM2 sebungkus.

Menariknya, selain nasi dan ayam, menu tersebut turut disertakan dengan sup kosong, sayur, kicap dan sambal.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, seorang guru dikenali sebagai Cik Puan Gojes (CPG), nasi ayam itu dijual seorang ibu kepada anak muridnya dikenali sebagai Sohaimi.

Menurut CPG, nasi ayam yang dijual wanita dikenali Fiza itu dianggap murah. Fiza turut menawarkan khidmat bayar ketika penghantaran (COD).

“Murah sangat-sangat nasi ayam ini, nasi dan ayamnya juga banyak, hampa (anda) semua support dia (Fiza),” kata CPG.

Pada masa sama, CPG turut memesan 50 bungkus nasi ayam untuk disedekahkan kepada anak muridnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna terkejut dengan harga nasi ayam kerana sukar untuk didapati harga seperti itu memandangkan ketika ini harga ayam tidak menentu.

“Macam tak percaya harga RM2, nasi banyak, ayam banyak, dahla harga ayam mahal sekarang, ada lagi peniaga jujur seperti Fiza. Semoga Fiza sekeluarga dimurahkan rezeki,” tulis Siti Amni.

Turut meninggalkan komen seorang pengguna bernama Raja Kewat yang menulis ‘Semoga akak ini sentiasa dimurahkan rezeki, kalau dekat boleh selalu order (pesan) dengan akak ini.-KOSMO! ONLINE

POPULAR