fbpx

Kanak-kanak 8 tahun maut jatuh gelongsor air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAVI memanjat gelongsor air tetapi tidak melihat bahagian yang dialihkan. - Newsflash

BRASILIA, BRAZIL – Seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun meninggal dunia selepas terjatuh daripada sebuah gelongsor air yang dialihkan berketinggian 13.716 meter, lapor akhbar MailOnline semalam.

Davi Lucas de Miranda menaiki gelongsor di Taman Air Acqua Roma di negeri Goias, Brazil pada petang Ahad lalu, tanpa menyedari binaan tersebut sedang dalam penyelenggaraan.

Papan pemberitahuan dan sekatan yang diletakkan dikatakan tidak mencukupi sehingga menyebabkan empat gelongsor air kelihatan dibuka kepada orang ramai. Sebahagian daripada tiga gelongsor air telah dialihkan tetapi tidak dapat dilihat dari permulaan gelongsor.

Davi dilaporkan melepasi sekatan iaitu jalur pita yang diletakkan di pintu masuk permainan tersebut, kata polis. 

Kanak-kanak lelaki itu dilaporkan memanjat ke permulaan gelongsor dan memasuki salah satu daripadanya. Hanya satu pintu masuk ke empat gelongsor itu ditutup dan Davi dilaporkan memasuki tiub gelongsor yang dibuka.

Mangsa terjatuh pada ketinggian 13.716 meter lalu menghempap rangka kayu dan besi yang menyokong gelongsor berkenaan sebelum berguling ke dalam kolam sedalam 71.12 sentimeter (sm).

Dia masih hidup ketika diselamatkan tetapi  meninggal dunia di hospital tidak lama kemudian.

Davi terlepas daripada pengawasan apabila dia ditinggalkan oleh bapa dan adik lelaki yang berusia setahun untuk menggunakan bilik air.

Mangsa dikebumikan di kampung halaman keluarganya di bandar Conselheiro Lafaiete,  negeri Minas Gerais pada Isnin lepas. Polis masih menjalankan siasatan berhubung kes tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI