fbpx

Fizo Omar bakal timang anak lagi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERDASARKAN komen-komen dalam media sosial isteri Fizo kini dikatakan sedang hamil.

NAMA Fizo Omar kembali menyinggah ke daun telinga Mizz Lahar minggu ini apabila ada yang mendakwa dia bakal menimang cahaya mata sulung hasil perkahwinan kedua.

Khabar angin tersebut semakin bertiup kencang apabila terdapat beberapa keping foto isterinya, Fazeera Nazri yang memperlihatkan ‘baby bump’.

Walaupun sehingga kini tiada lagi sebarang perkongsian berita gembira daripada Fizo, banyak ucapan tahniah sudah mula menghujani ruangan komen hantaran isterinya.

“Tahniah, sudah nampak baby bump awak.

“Baby bump! Mariam nak dapat adik,” kata netizen yang teruja walaupun masih tiada pengesahan daripada empunya badan.

Meskipun begitu, Fazeera tetap mengucapkan terima kasih atas semua doa dan ucapan tahniah yang diraihnya.

Jika benar berita gembira ini, tahniah diucapkan kepada Fizo dan Fazeera. Jaga diri elok-elok ya.

MIZZ LAHAR: Hebat sangat Jerung Merah iaitu Sofiaa Marieylla yang mengejutkan ramai dengan persembahan hebat minggu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI