fbpx

Paris pasang radar bunyi kesan kenderaan bising

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radar bunyi pertama telah dipasang oleh pihak berkuasa pada sebatang lampu jalan raya di daerah ke-20 timur Paris. – Jornal Observador

PARIS – Pihak berkuasa Paris memasang alat radar bunyi di sekitar bandar raya itu untuk memantau bunyi bising yang dihasilkan oleh motosikal dan kenderaan lain, lapor laman berita Wion News semalam.

Langkah tersebut sekali gus dijangka dapat mengurangkan kadar bunyi bising di salah sebuah bandar paling bising di rantau Eropah itu.

Di daerah ke-20 timur Paris, radar bunyi pertama telah dipasang oleh pihak berkuasa pada sebatang lampu jalan raya.

Ia berupaya untuk mengukur kadar bunyi bising bagi kenderaan yang bergerak serta mengenal pasti nombor pendaftaran.

“Bunyi bising yang terlalu kuat akan membuatkan penduduk jatuh sakit. Bagi manfaat kesihatan dan kualiti kehidupan, radar bunyi pertama yang dipasang ini akan mengeluarkan saman secara automatik kepada kenderaan yang terlalu bising,” kata Timbalan Datuk Bandar Paris, David Belliard dalam satu ciapan di Twitter.

Dalam beberapa bulan akan datang, pihak berkuasa akan melakukan ujian untuk mengenal pasti sama ada radar tersebut sudah berupaya mengesan nombor pendaftaran kenderaan yang membuat bising.

Selepas mendapat bukti keberkesanan, alat tersebut akan diluluskan secara rasmi menjelang hujung tahun ini. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI