fbpx

Nabila Razali nafi terlibat dengan ‘scammer’ telefon pintar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NABILA RAZAZLI nafi ada kaitan dengan scammer telefon pintar.

PETALING JAYA – Risau ramai menjadi mangsa penipuan, penyanyi popular Nabila Razali menegaskan tidak terlibat dengan mana-mana sindiket scammer dalam Instagram.

Perkara tersebut ditegaskan pelantun Pematah Hati itu dalam InstaStorynya selepas menerima banyak mesej daripada pengikut Instagramnya yang mendakwa terpilih sebagai pemenang giveaway telefon pintar.

“Sejak semalam, ramai yang tanya saya mengenai menerima mesej daripada sebuah akaun nak beri telefon pintar percuma, saya nak tegaskan, saya tidak pernah mempunyai kaitan dengan perkara tersebut.

“Selain itu, saya juga tidak ada apa-apa ‘give a way’ untuk diberi. Jika ada pun, saya akan muat naik dalam media sosial sendiri dan bukan melalui orang lain,” tegasnya.

Tambah pelakon drama Kebaya Kasut Kanvas itu, dia juga meminta orang ramai tidak mudah terpedaya dengan sebarang pemberian produk secara percuma dalam media sosial.

“Sekiranya rasa benda itu seperti sesuatu yang hebat sehingga sukar dipercayai, tolonglah jangan percaya.

“Perkara itu ialah scam dan jangan lagi terjebak dengan perkara tersebut,” katanya lagi.

Sejak akhir-akhir ini, ramai pengguna media sosial khususnya Instagram meluahkan rasa risau apabila akaun mereka menerima notifikasi memenangi telefon pintar berjenama mewah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI