fbpx

50 ekor kucing peneman sunyi warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARIFAH NORIAH membelai kucing peliharaannya di Felda Bukit Banding, Hulu Terengganu semalam.

HULU TERENGGANU – Seorang wanita warga emas yang tidak mempunyai cahaya mata ceria membela 50 ekor kucing sebagai peneman kesunyian di Felda Bukit Banding di sini.

Sharifah Noriah Syed Fakedri, 63, berkata, hampir kesemua kucing belaannya tersebut adalah haiwan jalanan.

“Semuanya bermula pada 30 tahun lalu apabila saya kasihan dengan nasib seekor kucing jalanan sebelum membawa pulang ke rumah untuk dipelihara.

“Hati saya lembut, tidak sampai hati melihat kucing terbiar. Seekor demi seekor saya bawa pulang dan sehingga kini sudah berjumlah 50 ekor,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Bukit Banding di sini semalam.

Sharifah Noriah berkata, ku­cing-kucing tersebut diberi nama seperti Jebat, Tuah, Tun Teja, Uban, Sanggul, Bulat dan Muaz.

Dia percaya setiap kucing mempunyai rezekinya tersendiri yang memberi rahmat kepada keluarganya.

“Walaupun suami saya, Abd. Rahman Ibrahim, 52, cuma be­kerja sebagai pengait buah kelapa sawit, kebajikan semua ku­cing peliharaan terjaga baik.

“Semua kucing saya ditempatkan di tiga sangkar khas yang dibina suami,” katanya.

Sharifah Noriah berkata, dia membelanjakan kira-kira RM450 sebulan untuk membeli makanan untuk 50 ekor kucing.

Ujarnya, rutin hariannya ialah membersihkan sangkar dan memberi makan kepada semua kucing seawal pukul 8 pagi.

“Kucing-kucing saya itu kemudiannya akan dilepaskan untuk bermain di halaman rumah sehingga lewat petang.

“Kucing-kucing ini ibarat ‘anak-anak’ saya sendiri. Saya berazam untuk terus membela dan menjaga haiwan ini dengan baik selagi hayat dikandung badan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI