fbpx

Cuaca buruk di tiga buah negeri utara malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang yang dijangka berlaku sehingga pukul 8 malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu melibatkan seluruh kawasan negeri Perlis dan Pulau Pinang.

“Di Kedah, kawasan yang terlibat ialah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI