fbpx

Suami isteri, rakan tidak sempat joli RM55,000 hasil samun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail.

BATU PAHAT – Sepasang suami isteri dan seorang wanita yang dipercayai memecah masuk sebuah kedai emas dan melarikan barang kemas serta wang tunai berjumlah RM55,000 tidak sempat berjoli apabila kesemua mereka diberkas polis di sekitar daerah ini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira pukul 2 petang semalam memaklumkan sebuah premis membeli dan menjual emas di bandar Batu Pahat telah dipecah masuk.

“Hasil siasatan mendapati beberapa barang kemas dan wang tunai yang dianggarkan bernilai RM55,000 didapati telah hilang daripada simpanan.

“Semakan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 4 pagi hari yang sama, dua orang suspek dilihat memecah masuk premis tersebut melalui pintu hadapan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, tiga suspek terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 20 hingga 26 tahun berjaya diberkas antara pukul 9.30 malam hingga 12 malam.

“Pihak polis turut merampas beberapa bentuk cincin, subang, rantai emas serta wang tunai berjumlah RM8,415 ketika serbuan dilakukan di dua lokasi masing-masing di Kampung Kenangan, Dato Onn dan Taman Putera Indah, Tokang Pechah, dekat sini,” katanya.

Beliau berkata, semakan polis mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah dan ketiga-tiga suspek ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI