fbpx

Sheila Majid dapat menantu pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHEILA MAJID meraikan kehadiran menantu pertama apa bila anak keduanya, Megat Abdul Majid Aziz Roslan selamat diijabkabul dengan Nik Nuralia Nik Fauzi dalam majlis di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, semalam.

PETALING JAYA – Ratu Jazz, Datuk Sheila Majid meraikan kehadiran menantu pertama apabila anak lelakinya, Megat Abdul Majid Aziz Roslan selamat diijabkabul dengan Nik Nuralia Nik Fauzi dalam majlis di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, semalam.

Penyanyi Sinaran itu berkongsi kegembiraan pada hari pernikahan anak tunggal lelaki bersama wanita pilihan menerusi Instagram.

“Syukur Alhamdulillah! Sah!” tulisnya ringkas yang kemudian dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan artis termasuk dari seberang serta peminat.

Antara selebriti yang turut melayangkan ucapan tahniah adalah penyanyi popular Indonesia, Afgan selain Anuar Zain, Vanidah Imran, Ning Baizura, Datuk Ziela Jalil dan Datin Nina Juren.

Sementara itu, pada acara tersebut, pasangan yang sah sebagai suami isteri dengan sekali lafaz dinikahkan bapa pengantin perempuan, Datuk Nik Fauzi.

Pengantin perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan bersama mas kahwin berjumlah RM80. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran tidak dinyatakan.

Majlis pernikahan juga berlangsung sederhana dan dihadiri keluarga terdekat kedua-dua pasangan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Pada sebelah malamnya, pasangan mempelai diraikan lagi dalam sebuah majlis persandingan di lokasi yang sama.

Terdahulu, Megat dan Nik Nuralia mengikat pertunangan pada Disember 2020.

Megat merupakan anak kedua Sheila hasil perkahwinan terdahulunya bersama komposer, Roslan Aziz. selain puteri sulung, Wan Nur Khaleda, 30, yang juga seorang penyanyi.

Menerusi perkahwinan dengan pengarah dan penggubah muzik pula, Acis atau Datuk Hashridz Murshim Hassim, mereka dikurniakan dua anak perempuan Khadeja Zaireen dan Khalefa Laila. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI