fbpx

PICK Kids di Kelantan kurang dapat sambutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak, Wan Umma Mukhreez Mohd. Rozi, 8, (kiri) kelihatan bersemangat selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi PICK Kids di HRPZ II, Kota Bharu hari ini. FOTO ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) hanya menerima sebanyak 5,000 borang persetujuan daripada ibu bapa di negeri ini untuk anak-anak mereka menyertai Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICK Kids) setakat 12 Februari lalu.

Pengarah JKNK, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, jumlah itu diterima JKNK selepas hampir 14,000 borang yang diedarkan sebelum ini sekali gus menjadikan pihaknya belum menerima data secara penuh mengenai kebenaran ibu bapa itu.

Menurutnya, berdasarkan jumlah borang persetujuan yang diterima ketika ini, ia menunjukkan bahawa sambutan ibu bapa untuk membenarkan anak-anak mereka menerima vaksin masih belum menyeluruh.

“Sehubungan dengan itu, JKNK perlu meningkatkan usaha bagi menyedarkan ibu bapa mengenai kepentingan penerimaan suntikan vaksin dalam kalangan kanak-kanak.

“JKNK menyasarkan 80 peratus golongan kanak-kanak di negeri ini mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 menerusi PICK Kids. Kita telah bekerjasama erat dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan yang telah membenarkan 400 buah sekolah di negeri ini dijadikan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) menerusi program ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran PICK Kids Peringkat Negeri Kelantan di Lobi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI