fbpx

NASA akan hantar angkasawan ke Kutub Selatan Bulan pada 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan sesi latihan yang dijalankan oleh angkasawan di kolam renang di Makmal Keapungan Neutral (NBL), negeri Texas, Amerika Syarikat (AS). - NASA's Johnson Space Center

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) merancang untuk menghantar angkasawan bagi melakukan misi jalang kaki di permukaan Kutub Selatan Bulan, lapor laman berita Wion News semalam.

Program itu menjadi sebahagian daripada misi Artemis yang dirancang pada 2025. 

Angkasawan-angkasawan yang dihantar bukan sahaja akan mendarat, tetapi juga berjalan kaki di Kutub Selatan Bulan iaitu sebuah kawasan yang terlalu gelap. Mereka berpendapat kawasan tersebut mungkin terdapat air berais.

Dalam merealisasikan rancangan tersebut, angkasawan-angkasawan terbabit dilaporkan menjalani latihan di kolam renang sedalam 12 meter di Makmal Keapungan Neutral (NBL) di negeri Texas, Amerika Syarikat (AS).

Latihan yang diharungi oleh angkasawan-angkasawan itu supaya menyerupai persekitaran di permukaan sisi gelap Bulan.

Menerusi latihan tersebut, penyelam-penyelam telah memadamkan semua cahaya, memasang langsir hitam di sekeliling kolam untuk meminimumkan pantulan dan menggunakan lampu bawah air yang berkuasa tinggi.

“Padam cahaya, kami sedang menjalankan simulasi perjalanan di permukaan Kutub Selatan Bulan,” demikian ciapan Pusat Angkasa Johnson NASA di Twitter. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI