fbpx
Tangkap layar video memaparkan tindakan seorang lelaki memberi seorang kanak-kanak menghisap vape

Lelaki beri kanak-kanak perempuan hisap vape

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tular satu klip video memaparkan tindakan seorang lelaki memberi seorang kanak-kanak perempuan menghisap vape telah mendapat kecaman hebat daripada pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian portal Inforoadblock di Facebook, kelihatan kanak-kanak itu sedang menghisap rokok elektrik sambil dihulurkan oleh lelaki yang berada di sebelahnya tanpa rasa bersalah.

Selain itu, dalam rakaman tersebut, kanak-kanak itu sedang menghembuskan asap vape melalui hidung setelah menghisapnya.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Sabah baru-baru ini.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meminta pihak berkuasa bertindak segera menahan lelaki terbabit agar tidak terus merosakkan kesihatan kanak-kanak itu.

“Polis sabah mana, ambil tindakan segera,” kata Navindra.

“Ini jenis orang tua yang tidak ada otak, tangkap terus biar dapat pengajaran,” ujar Simon Lee. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI