fbpx

Tiada guru kesilapan besar dalam bisnes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Hirman Mukhtar menyasarkan jualan RM24 juta untuk Sawanah Koko tahun ini.

SHAH ALAM – Tiada bimbingan daripada guru yang betul boleh mengakibatkan usahawan melakukan kesilapan dan akhirnya menemui kegagalan, jelas Pengasas Sawanah Sdn. Bhd., Muhamad Hirman Mukhtar.

Sebelum mengeluarkan produk minuman coklat Sawanah Koko pada 2016, Hirman menjalankan pelbagai perniagaan seperti percetakan, menjual alat tulis, baju muslimah dan pakaian bundle.

“Pada awalnya perniagaan kami sering turun naik, malah tak tahu buat pemasaran.

“Kami dapat projek banyak pun rugi sebab tak tahu nak urus,” katanya yang ditemu bual baru-baru ini dengan Pengasas Bersama Sawanah, Shazeera Shaiful Rizal.

Sementara itu, Shazeera memberitahu, selepas menyertai program permentoran Titanium Richworks, mereka mampu melaksanakan banyak perubahan dalam pengurusan syarikat, dengan matlamat menjadikan Sawanah peneraju minuman berkhasiat global.

Hasilnya, pada 2020 syarikat meraih jualan RM7.4 juta dan meningkat kepada RM11 juta pada 2021.

Menurut Shazeera, Sawanah menyasarkan jualan RM24 juta tahun ini dan mahu berkongsi rezeki dengan lebih ramai orang.

“Kini syarikat mempunyai 2,000 ejen serta 44 stokis di seluruh negara. Mereka yang mahu menjana pendapatan bersama kami boleh melayari laman sesawang Sawanah.my,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI