fbpx

Kadar aliran trafik di KL ke-210 sesak di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Impak wabak Covid-19 ternyata memberi kesan besar apabila kadar aliran trafik di Kuala Lumpur pada tahun lalu menduduki tangga ke-210 yang paling sesak di dunia.

Situasi positif itu berdasarkan kajian sebuah firma teknologi navigasi antarabangsa TomTom berpusat di Amsterdam, Belanda menerusi laporan indeks trafik 2021 diterbitkan kelmarin.

Kajian berkenaan meliputi sejumlah 404 bandar raya dari 58 buah negara di semua enam benua yang mengukur kesesakan jalan raya urban mengikut jumlah kerugian masa setahun.

Menurut indeks tahunan tersebut, para pemandu kereta di Kuala Lumpur membuang masa yang bersamaan 48 jam setahun terperangkap di pusat bandar akibat isu kesesakan teruk.

Jumlah itu setara 17 bandar raya lain antaranya Washington DC, Amerika Syarikat (AS); Prato, Itali; Liege, Belgium; Santa Cruz, Sepanyol; Rotterdam, Belanda dan Freiburg, Jerman.

Sekadar perbandingan dengan rekod pada 2020 lalu, ibu negara Malaysia itu di kedudukan ke-77 atau kerugian masa 126 jam, manakala pada 2019 pula tangga ke-46 atau 170 jam.

Kuala Lumpur pula ternyata berjaya memperbaiki kedudukannya berbanding ibu kota lain rantau Asia Tenggara antaranya ialah Manila, Filipina (ke-18) dan Jakarta, Indonesia (ke-46). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI