fbpx

Indonesia beli dua kapal selam dari Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kapal selam jenis Scorpene yang dikeluarkan oleh Naval Group. – Naval Group

JAKARTA – Kementerian Pertahanan Indonesia mengesahkan membeli dua buah kapal selam dari Perancis sebagai langkah untuk mengukuhkan lagi aset pertahanan negara berkenaan, lapor laman berita Detik semalam.

Bagi tujuan tersebut,  syarikat PT PAL Indonesia (PAL Indonesia) dan Naval Group dari Perancis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) yang diadakan di pejabat Kementerian Pertahanan Khamis lalu.

“Pemeteraian MoU ini merupakan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan berkaitan kapal selam antara PAL Indonesia dengan Naval Group.

“Ia akan membawa kepada pembelian dua unit kapal selam Scorpene dengan teknologi pendorongan bebas udara (AIP) serta lengkap dengan senjata,” kata Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto.

Sebagai bentuk pelaksanaan penguasaan teknologi, keseluruhan proses pembangunan kapal selam tersebut akan dilakukan oleh PAL Indonesia dengan mengoptimumkan keupayaan syarikat itu dengan bantuan Naval Group.

Kerjasama antara PAL Indonesia dan Naval Group tersebut merupakan satu langkah untuk merealisasikan program pemodenan peralatan pertahanan yang dilakukan oleh Kementerian Pertahanan Indonesia.

Ia juga merupakan usaha untuk memperkukuh kemampuan pertahanan Tentera Nasional Indonesia dalam tempoh 20 tahun akan datang menerusi pengukuhan aset ketenteraan khususnya Angkatan Laut. – AGENSI   

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI