fbpx

Covid-19 : 21,072 kes baharu dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Jangkitan harian Covid-19 menurun sedikit hari ini dengan 21,072 kes dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,040,235 kes.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah tersebut, sebanyak 86 kes (0.41peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 20,986 kes (99.59 peratus) kategori satu dan dua.

“Mengikut pecahan, kategori satu 5,995 kes (28.45 peratus), kategori dua 14,991 kes (71.14 peratus), kategori tiga 58 kes (0.28 peratus), kategori empat 20 kes (0.09 peratus) dan kategori lima pula lapan kes (0.04 peratus),” demikian hantaran beliau pada Twitter di sini hari ini.

Semalam, negara mencatatkan kes harian sebanyak 22,802 kes. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI