fbpx
Rona putih, hitam dan kelabu memenuhi ruang tamu kediaman Halily, menjadikan ia kelihatan luas

K2

Sentuhan mewah dekorasi minimalis Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KONSEP dekorasi moden minimalis ala Perancis yang elegan dan chic mempunyai pesonanya yang tersendiri, sekali gus mencerminkan sisi mewah dalam hiasan dalaman.

Penggunaan warna lembut seperti putih dan kelabu cair dengan hiasan dalaman seperti candelier antik menyerlahkan estetika hiasan dalaman negara Eropah itu. 

Selepas jatuh cinta dengan tema tersebut, Halily Kamaruzaman dan suaminya, Aslam Rahmat nekad menghias kediaman jenis teres satu tingkat yang didiami mereka dengan konsep moden minimalis Perancis.

Halily berkata, dia mendapat idea untuk menghias rumahnya yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur itu dengan tema tersebut daripada beberapa laman web dan bahan bacaan internet seperti Pinterest.

“Saya terpikat dengan cara orang Perancis menghias kediaman mereka.

“Mereka kerap menggunakan rona putih dan hitam pada tata rias kediaman dan apa yang paling menarik adalah penggunaan barangan hiasan seperti arca dan patung-patung Rom purba,” katanya.

Selain arca purba, dekorasi Eropah juga amat menekankan tata rias seperti perabot yang ringkas dan moden.

Penggunaan perabot seperti meja kopi berbingkai hitam pada kediaman Halily berjaya menyerlahkan lagi estetika seni hiasan dalaman yang dipilihnya itu. 

Rona putih, hitam dan kelabu memenuhi ruang tamu kediaman Halily, menjadikan ia kelihatan luas.

Kebanyakan barangan perhiasan pada kediaman itu adalah bersaiz kecil, menjadikan ia tampak kemas dan tidak serabut.

Kemasan lantai jenis marmar pula memberikan elemen mewah pada kediaman ibu kepada tiga orang cahaya mata itu.

Bagi pemilihan karpet pula, Halily dilihat menggunakan karpet reka bentuk moden yang polos daripada rona lembut untuk ruangan itu.

Malah, limpahan cahaya semula jadi daripada satu tingkap bersaiz besar yang ditempatkan di ruangan itu juga menjadikan kediaman seluas 300 meter persegi itu cukup redup dan selesa.

Bagi menambah seri pada ruangan itu, Halily meletakkan satu unit cermin bersar berbingkai emas bagi menyerlahkan lagi sisi Eropah pada dekorasinya.

“Selain cermin emas, saya juga meletakkan bingkai gambar dengan imej bergaris yang cukup minimalis dan sesuai dengan imej dekorasi yang diketengahkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN