fbpx

OKU tekad tawan Everest

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Salleh (depan kiri) bersama Abdul Razak serta peserta yang bakal menjayakan ME 2022.

PUTRAJAYA – “Saya akan buktikan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) juga mampu menawan puncak gunung tertinggi dunia,” itulah keyakinan dibawa Muhammad Hawari Hashim, 31, yang merupakan salah seorang peserta pasukan Malaysia Everest 2022 (ME 2022).

Hawari yang merupakan OKU pekak dan bisu sejak lahir bakal menjadi OKU pertama negara menawan puncak tertinggi dunia dalam misi pendakian ke Everest April hadapan.

Hawari berkata, dia bersama ahli pasukan sudah membuat persiapan latihan rapi dan pernah sampai di Annapurna Base Camp (ABC), kira-kira 4,130 meter dari aras laut pada September 2019.

“Saya yakin dan percaya boleh melakukan apa saja walaupun dianggap mustahil oleh ramai orang kerana kekurangan yang ada pada diri ini.

“Cabaran menawan Everest ini bukan kecil, selain menuntut stamina dan kekuatan mental tinggi, pendaki ada ketikanya terpaksa berdepan serangan penyakit akut gunung (AMS),” katanya ketika ditemui pada sidang media Malaysia Everest 2022, di Putrajaya hari ini.

Hadir sama, Chef De Mission ME2022, Tan Sri Dr. Salleh Mohd. Noor dan Komander 69 Komando, Senior Asisten Komisioner, Abdul Rasak Mohd. Yusoff.

Misi tersebut diketuai Azim Afif Ishak, 32, yang merupakan pendaki Everest 2016 bergabung sebagai pasukan Malaysia Everest 2022 (ME 2022) bagi misi menakluk gunung tertinggi di dunia itu bermula 26 Mac hingga 11 Jun 2022.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI