fbpx

Nelayan gempar temui mayat reput

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat telah reput yang ditemui di jeti nelayan Kampung Sireh Tambahan, Pelabuhan Klang.

KLANG – Suasana di Kampung Sungai Sireh Tambahan 2, Pelabuhan Klang di sini, gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki yang reput berdekatan jeti nelayan kampung itu, hari ini.

Ketua nelayan kampung itu, Satarudin Kamal, 54, berkata mayat lelaki yang hanya berseluar dan berkasut dijumpai kira-kira 100 meter dari jeti.

Katanya, dia bersama beberapa nelayan dan polis kemudian bertindak menarik mayat berkenaan dengan menggunakan bot.

“Keadaan mayat lelaki itu dilihat sudah reput dan berbau busuk dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Ia penemuan pertama nelayan di kawasan jeti berkenaan pada tahun ini,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Identiti lelaki itu belum dikenal pasti dan pemeriksaan awal mendapati mayat  berkenaan sudah reput.

“Mayat berkenaan dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI