fbpx
SURUHANJAYA Kentang Idaho (IPC) mengeluarkan minyak edisi terhad, Frites by Idaho untuk berbau seakan kentang goreng asli. - IPC

Minyak wangi kentang dijual di Idaho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BOISE, IDAHO – Suruhanjaya Kentang Idaho (IPC) di Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bahawa pihaknya akan meraikan sambutan Hari Kekasih dan tanaman utama negeri itu dengan mengeluarkan minyak wangi kentang edisi terhad, lapor United Press International (UPI) kelmarin.

IPC berkata, wangian dinamakan Frites by Idaho itu diperbuat daripada kentang-kentang disuling dan minyak  pati. Ia direka untuk berbau seperti sepinggan kentang goreng yang segar. 

“Sama ada anda pandu lalu atau makan di restoran, hampir mustahil untuk tidak memesan kentang goreng sebelum menikmati hidangan lain. Baunya terlalu harum untuk ditolak,’’ kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IPC, Jamey Higham dalam satu kenyataan akhbar.

“Minyak wangi ini adalah hadiah yang hebat untuk sesiapa yang menggemari kentang goreng,’’katanya.

Menurut suruhanjaya tersebut, minyak wangi yang berharga AS$1.89 (RM7.92) itu habis dijual dengan cepat di laman web IPC. 

Bagaimanapun, pengguna sosial media boleh menyertai peraduan di laman perkongsian  gambar Instagram untuk memenangi minyak wangi unik tersebut secara percuma.  – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN