fbpx

Wajah terkenal dalam American Born Chinese

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELAIN Michelle Yeoh, siri berkenaan turut dibaris nama terkenal lain seperti Ben Wang, Yeo Yann Yann, Chin Han, Daniel Wu, Ke Huy Quan, Sydney Taylor dan bekas juara taekwondo, Jim Liu.

PRODUKSI Disney Branded Television mengumumkan barisan pelakon bagi sebuah siri original untuk Disney+ Hotstar berjudul American Born Chinese.

Siri berkenaan yang mengangkat genre aksi komedi merupakan adaptasi daripada karya novel tulisan Gene Luen Yang.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan baru-baru ini, Disney+ Hotstar berkongsi senarai barisan bintang yang akan menghiasi siri berkenaan.

Watak utama diisi oleh bintang ternama Hollywood, Datuk Michelle Yeoh di­ikuti nama-nama popular lain seperti Ben Wang, Yeo Yann Yann, Chin Han, Daniel Wu, Ke Huy Quan, Sydney Taylor dan bekas juara taekwondo, Jim Liu.

Siri American Born Chinese diterbitkan oleh 20th Television dan akan memulakan penggambaran pada bulan ini bertempat di Los Angeles.

Sedikit pengenalan awal tentang siri tersebut, American Born Chinese mengisahkan tentang Jin Wang, seorang remaja biasa yang menyesuaikan diri dengan kehidupan sosial ketika berada di sekolah dan rumah.

Ketika dia bertemu dengan seorang pelajar dari luar negara yang baru berpindah ke sekolahnya, berlaku pertembungan dengan banyak dunia lain.

Tanpa disedari, dia terjerat dalam pertempuran dewa mitologi Cina. Siri aksi berkenaan memaparkan kisah identiti, budaya dan kekeluargaan.

Identiti

Dalam siri tersebut, Michelle mendukung watak sebagai Guanyin, seorang ibu saudara yang bersikap bersahaja dan membantu anak saudaranya, Wei Chen (Jim Liu) melalui cabaran menjalani budaya bersekolah di Amerika Syarikat.

Pada masa sama, dia menyimpan rahsia identiti sebenarnya sebagai bodhisattva belas kasihan Buddha yang terhebat.

Sementara pelakon Ben Wang pula memegang watak sebagai Jin Wang, remaja yang mempunyai ibu bapa migran dari Taiwan tetapi berdepan masalah untuk bergaul dengan orang.

Sementara watak Wei Chen pula dipegang oleh Jim Liu dan berkawan baik dengan Jin Wang.

Dia baru tiba di Amerika Syarikat tetapi sebenarnya mempunyai misi tersembunyi iaitu untuk mencari identiti sebenar dirinya.

Selain membariskan nama-nama hebat dalam senarai pelakon, siri American Born Chinese turut menyaksikan ramai kru dan staf belakang tabir yang hebat meminjamkan khidmat mereka.

Antaranya pemenang Anugerah Emmy iaitu penulis dan penerbit Kelvin Yu yang bertindak selaku penerbit eksekutif dan ‘showrunner’.

Lebih menarik, siri berkenaan akan mendapat sentuhan pengarahan Destin Daniel Cretton yang merupakan sutradara untuk filem Marvel, Shang-Chi and The Legend of The Ten Rings.

Hal ini bermakna, American Born Chinese menyaksikan kerjasama kembali terjalin antara Destin dan Michelle yang juga terbabit dalam filem Shang-Chi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI