fbpx

Pesawat China didakwa masuk Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Informasi Tempur mendakwa sebuah pesawat pengangkut China memasuki ruang udara Malaysia dua hari lalu.

PETALING JAYA – Dakwaan sebuah pesawat pengangkut taktikal dari China sekali lagi memasuki ruang udara negara dilaporkan berlaku pada dua hari lalu.

Melalui laporan Twitter Informasi Tempur berkata, pesawat pengangkut taktikal jenis Xian Y-20 dari negara China itu telah memasuki ruang udara Malaysia pada 9 Februari lalu.

“Alert 5 melaporkan pesawat pengangkut taktikal Xian Y-20 China masuk ruang udara Semenanjung Malaysia hari ini.

“Pesawat jenis yang sama pernah menceroboh ruang udara zon maritim Malaysia berhampiran Kota Kinabalu pada Jun tahun lalu,” jelas ciapan tersebut.

Sebelum ini, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesan penerbangan mencurigakan sebanyak 16 buah pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM), Kota Kinabalu FIR dan menghampiri ruang udara nasional Jun lalu.

Panglima Tentera Udara (PTU) Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad berkata, penerbangan pesawat PLAAF itu dikesan Radar Pertahanan Udara TUDM daripada Pusat Pertahanan Udara (CRC 2) di Sarawak pada pukul 11.53 pagi.

Pesawat berkenaan dikesan terbang secara formasi taktikal in-trail pada jarak 60 batu nautika antara satu sama lain. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI