fbpx

PDRM rujuk Mahkamah Koroner kes mati dalam tahanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Azri Ahmad.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini memaklumkan akan memajukan kertas siasatan kes mati dalam tahanan kepada Mahkamah Sesyen Koroner.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, tindakan tersebut penting bagi menyempurnakan prosedur siasatan.

“Amalan merujuk dahulu kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya penting bagi mendapatkan nasihat dan pandangan berhubung prosedur siasatan.

“Ini bagi memastikan peruntukan undang-undang telah dipatuhi dan siasatan adalah lengkap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kertas siasatan yang sempurna akan dimajukan dengan kadar segera kepada Mahkamah Koroner untuk tindakan lanjut.

“Ini sejajar dengan peruntukan undang-undang dalam Kanun Jenayah dan Arahan Amalan Bilangan Dua 2019 berhubung pengendalian laporan mati mengejut dan siasatan kematian.

“Kita memandang serius setiap kes kematian dalam tahanan dan tindakan komprehensif bakal diambil bagi memastikan setiap kes disiasat secara teliti,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI