fbpx

4 cedera, kereta terbabas langgar gerai makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat pekerja gerai makanan cedera selepas dilanggar sebuah Nissan Sentra yang terbabas dalam kejadian di Kilometer 53.5 Jalan Batu Pahat - Mersing di Kluang, Johor petang semalam.

KLUANG – Empat pekerja gerai makanan cedera selepas dilanggar sebuah kereta jenis Nissan Sentra yang terbabas dalam kejadian di Kilometer 53.5 Jalan Batu Pahat – Mersing di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, kejadian berlaku pada pukul 6 petang membabitkan seorang pemandu lelaki berusia 22 tahun dari arah Kluang ke Kampung Gajah yang telah terbabas akibat hilang kawalan.

“Sebuah kereta Nissan Almera dan sebuah motosikal Honda yang diletakkan di kawasan itu turut rosak akibat kemalangan tersebut.

“Empat pekerja gerai yang berusia 20 hingga 26 tahun turut mengalami kecederaan di bahagian tangan dan kaki.

“Tiada unsur dadah atau mabuk dialami pemandu kereta,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI