fbpx

137 kampung terima manfaat Program Desa Lestari KPLB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir (dua dari kanan) menyerahkan jentera pertanian kepada wakil Koperasi Desa Cemerlang Air Melintas Besar di Kepala Batas, Seberang Perai hari ini.

SEBERANG PERAI – Sebanyak 137 buah kampung di seluruh negara setakat ini tersenarai dalam Program Desa Lestari di bawah inisiatif Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) selepas mula diperkenalkan pada tahun 2013.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Program Desa Lestari diwujudkan bagi melonjakkan pengupayaan komuniti dalam merancang serta menjayakan pelaksanaan projek pembangunan di kampung.

“Desa Lestari adalah untuk memperkasa aktiviti ekonomi dan keusahawanan penduduk kampung melalui koperasi dengan membuka peluang pekerjaan baharu serta peluang peningkatan pendapatan kepada penduduk.

“Ia secara tidak langsung akan memajukan kampung yang menyertai program ini selain mengubah cara ke arah penggunaan teknologi digital dan kaedah yang lebih moden dan terkini dalam aktiviti ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, beliau hadir pada Majlis Penyerahan Jentera Tani Program Desa Lestari kepada Koperasi Desa Cemerlang Air Melintas Besar, Kepala Batas Berhad di Kepala Batas di sini.

Menurut Mahdzir, kampung yang terpilih di bawah Program Desa Lestari akan menerima geran peruntukan bantuan pelaksanaan projek-projek ekonomi komuniti yang disalurkan melalui platform koperasi komuniti.

Menurutnya, geran bantuan projek berkenaan meliputi enam sektor utama ekonomi iaitu pertanian, penternakan, pelancongan, perkhidmatan, pembuatan dan peruncitan.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI