fbpx

‘Saya terkejut sebab memang mirip saya, tapi bukan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAMA Wan Sharmila dipetik rata-rata netizen yang mendakwa pelakon itu mungkin calon ibu tiri buat anak-anak Shuib Sepahtu.

PETALING JAYA – “Saya sendiri tengok pun terkejut sebab memang persis saya. Tapi bukan sebenarnya”.

Itu respons pelakon berkulit sawo matang Wan Sharmila menafikan dirinya sebagai wanita yang dipeluk anak perempuan tunggal pasangan, Shuib dan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin iaitu Dzahira Talita Zahrah seperti yang dikongsikan dalam Instagram arwah penyanyi itu.

Wan Sharmila atau mesra disapa Lala ketika dihubungi Kosmo! memberitahu, awalnya dia tertanya-tanya selepas namanya banyak disebut netizen dalam video tersebut.

“Selepas saya menontonnya, saya sendiri pun terkejut kerana tidak dinafikan wanita ‘misteri’ itu mirip saya.

“Tapi saya ingin menafikan bahawa wanita tersebut adalah saya,” kata Lala.

Ketika disoal punca namanya banyak ‘dipetik’ oleh netizen, Lala tidak menolak wanita dalam video berkenaan mempunyai persamaan daripada segi fizikal dengannya.

“Sebab sama. Sendiri tengok pun rasa sama. Mungkin betul juga apa yang netizen cakap. Tapi kelakar juga sebab ada yang sampai periksa kuku jari untuk buktikan wanita itu adalah saya,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu turut menolak andaian bahawa netizen cuba untuk ‘memadankan’ dirinya dengan Shuib gara-gara dilihat seperti memeluk Talita.

“Saya tidak rasa netizen nak ‘kenenkan’ saya dengan Shuib. Mereka cuma meneka sahaja. Saya tak ambil hati pun,” katanya.

“Kalau Shuib cari jodoh, ramai lagi wanita yang elok-elok (cantik) di luar sana. Apa yang ada pada Wan Sharmila ini?” seloroh Lala.

Terdahulu, perkongsian sebuah video dalam Instagram milik arwah Sarah yang memperlihatkan Talita sedang memeluk seorang wanita mengundang tanda tanya netizen.

Bagaimanapun wajah wanita ‘misteri’ itu ditutup dengan emoji ‘bermata hati’.

“Aunty (makcik) kesayangan teman Dekta (Talita) kerja. Kalau tidak ada aunty, tak nak kerja. Nasib baik auty tidak sibuk rajin melayan,” tulis pengendali Instagram tersebut.

Dalam ruangan komen, nama Wan Sharmila paling banyak disebut-sebut netizen selain beberapa nama artis wanita lain seperti Anzalna dan juga Sharifah Rose.

“Macam Wan Sharmila,” kata seorang netizen.

“Macam Wan Sharmila bulu mata lentik begitu,” teka seorang lagi pengguna Instagram.

Sama ciri-ciri seperti kak Wan Sharmila,” kata seorang pengguna Instagram. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI